Kepulauan Riau (provinsi)
Kepulauan Riau (provinsi)

Kepulauan Riau (provinsi)

Kepulauan Riau (disingkatkan sebagai Kepri) atau nama rasminya Provinsi Kepulauan Riau adalah sebuah provinsi di Indonesia. Provinsi ini terdiri daripada 1,796 pulau yang berselerak di antara Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.[4] Terletak di salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia, provinsi ini berkongsi perairan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Brunei. Kepulauan Riau secara relatifnya berpotensi besar terhadap sumber-sumber galian, tenaga dan marin.[5] Ibu kota provinsi ini ialah Tanjung Pinang dan kota terbesarnya ialah Batam.Penduduk di Kepulauan Riau adalah majmuk dan pelbagai dari segi etnik, budaya, bahasa dan agama. Provinsi ini merupakan rumah kepada kumpulan etnik berbeza seperti orang-orang Melayu, Tionghua, Jawa, Minangkabau dan lain-lain. Kebangkitan ikstisad di rantau tersebut telah menarik ramai imigran dan buruh dari bahagian lain di Indonesia ke provinsi ini. Kawasan di sekitar Batam juga merupakan rumah kepada ramai ekspatriat dari pelbagai negara, di mana 80 peratus daripadanya berasal dari negara-negara Asia yang lain, dan orang-orang Barat pula datang dari United Kingdom, bahagian lain di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Kedatangan pelancong asing di Kepulauan Riau adalah yang kedua terbesar di Indonesia selepas Bali.

Kepulauan Riau (provinsi)

• Wakil gabenor Marlin Agustina [id]
PPP per kapita AS$ 28,460 (2019)[3]
Ked. KDNK ke-12 (2019)
GRP nominal ▲$18.96 bilion[3]
• Badan Pemerintah provinsi Kepulauan Riau
• Kepadatan 210/km2 (550/batu persegi)
HDI ▲ 0.754 (Tinggi)
Kod ISO 3166 ID-KR
Zon waktu UTC+7 (WIB)
Ranking kawasan ke-31
Laman web kepriprov.go.id
Ditubuhkan 24 September 2002
• Gabenor Ansar Ahmad
Pendaftaran kenderaan BP
Ibu kota Tanjung Pinang
• Kedudukan kepadatan ke-10
GDP PPP (2019) ▲$61.97 bilion[3]
Kota terbesar Batam
Paras terendah 0 m (0 ft)
Paras tertinggi (Gunung Lingga) 1,165 m (3,822 ft)
• Kump. etnik
• Kedudukan ke-27
Ked. per kapita ke-4 (2019)
• Bahasa Indonesia (rasmi)
Melayu (rantau)
Bahasa lain:
Jawa, Minangkabau, Batak, Bugis, Banjar, Cina
• Agama
Ked. HDI ke-4 (2019)
Ketinggian 2−5 m (−14 ft)
• Jumlah 2,241,570
Nominal per kapita AS$ 8,658 (2019)[3]
Pembahagian
Senarai